Malaysia Best Blog 2015

Siapakah Malaysia Best Blog 2015? . Saya kongsi-kongsikan pendapat saya, blogger pilihan saya. Saya senaraikan menurut Alphabet. Let’s sat ABC…

Blog Malaysia

Abangensem.com , seorang blogger hartanah terkenal di Malaysia. Ayat-ayat gatal dan menggoda, antara tarikan utama menarik pembaca. Antara blogger hartanah yang aktif berkongsi ilmu hartanah dan memandaikan bangsa melayu. One of my sifu dalam Pelaburan Hartanah dan Kewangan. Blog yang wajib singgah hari-hari.

Sifu Blogger dan Otai dalam buat duit melalui blog especially melalui program Affiliate. Sudah menjana 6-7 angka rasanya melalui medium affiliate. Blogger yang suka makan cendol, seorang cikgu yang sporting, dan entri yang membuat jantung ditusuk-tusuk. Straight to the point dan padu. Antara blog yang akan saya singgah apabila ada update terbaru dan mencilok-cilok idea menulis entri berkenaan affiliate.

Aaron Aziz versi blogger. Dengan rupa yang kacak dan tampan, badan berketak-ketak, penulisan yang santai dan sentiasa berupdate menjadi tarikan pembaca. Seorang blogger yang berpengaruh di Social Media dan membantu ramai blogger lain. Kelab Blogger Ben Ashaari yang ditubuhkan misalnya, banyak membantu dan mengeratkan hubungan sesama blogger.

CikLilyPutih. Ehh, Puan. Queen of Event. Sana sini rajin menghadiri event dan memeriahkan event blogger. Happy go luck, humble, dan sentiasa tersenyum. Antara blogger terawal yang saya kenali dan masih akrab sehingga kini. Keep it up Puan Lily.

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Blog yang terkenal dengan tagline hidupkan untuk memberi banyak membantu blogger dan insan lain dari pelbagai segi. Menjana pendapatan, berkongsi informasi, tips blogging, pelbagai tips lain. Always beberapa step ahead dalam pelbagai segi, menjadikan blog ini mempunyai keunikan yang sukar ditandingi.

Masuk bakul angkat sendiri. Parenting & Lifestyle blogger yang suka berkongsi apa saja yang terbuku di hati. Mostly on parenting, travel, and food. Minat dalam menulis dan memorikan pengalaman hidup dalam blog, semoga suatu hari nanti blog ini mampu memberi manfaat kepada pelbagai pihak dan membantu lebih ramai pembaca di luar sana.

Antara travel blogger terbaik pilihan saya. Muda-muda sudah banyak destinasi menari sudah dikunjungi bikin hati ini jealous tahap gaban. Seorang blogger yang mudah dibawa berbincang dan sentiasa mencuba memperbaiki prestasi diri. Kongsi-kongsikan lebih informasi pasal Tips travel dan tipsberbelanja ketika bercuti bro.

Fatin Liyana. Dari student bergelar Doktor kini. Sayang, sudah berpunya. Menangis tidak keruan Abangensem dibuatnya. Pemilik blog yang cantik ditambah dengan gaya penulisan yang menusuk jiwa sentiasa mendapat tempat di hati pembaca.

Food Blogger Popular Malaysia. Sebut pasal makanan, mesti teringat akan blogger ini. Masih bujang . Available lagi tak? kena tanya pemilik blog. Entri-entri makanan sentiasa membuatkan diri ini tidak keruan especially menjelang ketika nak lunch dan dinner. Bikin hati panas melihat gambar makanan yang menggiurkan.

Sifu Tips Blogging dan SEO Malaysia. Fulltime househusband, sentiasa berkongsi tips berblogging dan info semasa. Tidak lokek ilmu. Kalau nak cari blogger yang mampu menaikkan keyword best di blog, memang highly recommended blogger ini. Sekejap je, dah masuk first page. Terbaik.

Hanis Zalikha on her own league already. Dari seorang student @ blogger, kini mencipta nama sebagai seorang artis popular. Pelakon, pengacaraan, dan pelbagai lagi. Sekali blog update, mencanak-canak trafik naik.

Joegrimjow, walaupun nampak sudah semakin kurang aktif, ini antara blogger yang saya rasakan mempunyai keistimewaan sendiri. Seorang yang berwawasan tinggi, businessman berjaya dan tidak lokek berkongsi info dan rahsia kejayaan.

Kak Ina KL @ Ketua Geng Talibarut. Sekali tengok nampak garang. Dah mula borak, ketawa terbahak-bahak. Usia bukan penghalang untuk aktif berblogging berkongsikan resepi masakan sedap, pengalaman peribadi, dan pelbagai lagi. Antara sifu saya in life. Tunjuk ajari sifu.

Hidup Biar Sedap. Makcik ni dalam blog bukan main panas lagi mencili. Jumpa kat depan, soft spoken dan sangat baik orangnya. Bagus juga ada blogger otai yang sentiasa menasihatkan blogger lain dan berkongsi informasi. SEO yang sangat mantap. Keyword evergreen sentiasa menyinggah. Jangan cuba buat Kak Jie marah, sekali dia sound, rasa mahu terjun bangunan. Hehehehe, gurau je kak jie.

Personally baru mula mengenali blogger ini. Banyak juga tips-tips dikongsikan di blog penganjur ini. Tentu banyak duit pemilik blog ohduit ni. Komen saya, sila tambah hadiah lagi untuk contest ini especially tempat kedua hingga kesepuluh. Bagai langit dengan bumi hadiah tempat pertama dengan tempat kedua hadiah diberi. Tentu lebih ramai berduyun-duyun join sekali. Disebabkan hadiah yang besar ni lah digital dose pun join sama, baca entri dia tentang malaysia best blog kat pautan ni http://www.digital-dose.net/malaysia-best-blog-2015/

Guruku Seorang Lelaki Kacak

Aku mendapat respon dari seorang rakan kacak yang baca blog aku memalui PM Facebook – “Kalau perempuan boleh jadi kacak tak?”, tengok dari soalan aku rasa semua yang kacak mampu teka jantina penanya kacak itu kan. Akupun sebenarnya tak tahu tapi pernah sahaja dengar yang cakap – Aku tak cantik tapi kacaknya ada (penkid kot~).

Secara kacaknya aku menjadi lelaki kacak mulai hari semalam, aku mula perasan ramai lagi yang seangkatan denganku yang bergelar lelaki kacak – ada yang lebih kacak dari aku. Lelaki kacak yang aku maksudkan ialah guru aku, senang panggil masa kacak-kacak di sekolah dulu aku panggil cikgu. Cikgu yang kacak teramatlah ramai – macam manapun wajah mereka, kekacakkan mereka terserlah dengan keringat yang mereka tumpahkan.

Buat kata lelaki kacak seluruh Malaysia, “Seperti lilin membakar diri”. Seorang lelaki kacak yang aku ingin tampilkan kali ini ialah yang lelaki paling kacak sebagai ketua lelaki kacak dalam rumah aku ini iaitu ayahku lelaki kacak. Kalau perasan nama aku sebagai lelaki kacak dalam blog ini ialah Izzuddin dan sekacaknya aku umumkan Fauzi (Mohd Fauzi bin Hashim) itu ialah lelaki kacak yang paling aku sanjungi, hormati dan apa-apa semuanya iaitu bapaku.

Lelaki kacak yang menjadi bapa aku ini ialah seroang pendidik yang telah menjadi pendidik lelaki-lelaki kacak di sekolah lebih dari dua puluh tahun. Aku bangga lelaki kacak ini menjadi bapaku – bukan sahaja mampu menjadi pendidik kepada anak bangsa yang kacak namun anak-anaknya yang kacak.

Selamat Hari Guru Ayah – Lelaki kacak yang telah membesarkan aku dengan penuh rintangan (lagi-lagi namapun aku ini ialah lelaki kacak – banyak songeng.

Tidak aku lupakan semua yang kacak-kacak yang bergelar guru di luar dan dalam sana. Lelaki kacak ini amat menghargai jasamu.

“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”
Tema Hari Guru 2012

Lelaki kacak juga ingin memperkenalkan lagi Hari Guru 2012 yang sememangnya sejajar dengan tema.

Lirik Lagu
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

/* Corus */
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

/* Ulang [corus] x2 */

Selamat hari guru kepada semua guru kacak, terutama dari sekolah / institusi pendidikan ini,

  • SK LKTP Jengka 10
  • SK Tanjong Lalang, Temerloh
  • SM (Agama) Al-Khairiah, Temerloh
  • SMT Tengku Ampuan Afzan (Sementa), Bentong
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam
  • Universiti Kolej Shahputra, Kuantan

Terima kasih cikgu!

Lelaki Kacak Kaki SEO

Aku bagi tahu awal-awal, enteri kali ini ialah untuk menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com. Aku tidak tahu adakah layak untuk aku menjadi Lelaki Kacak ini. Sesunggunya kekacakan seseorang lelaki itu hanya dinilai oleh wanita dan lelaki sesama lelaki tidak pun menilai kekacakkan (terkecuali lelaki yang memang mencari yang kacak – hormo).

Lelaki Kacak SEO

Cabaran SEO Lelaki Kacak

Balik semula pasal Cabaran SEO Lelaki Kacak ini, ia telah bermula pada 14/3/2012 yang lepas – umur blog ini baru sahaja beberapa minggu (memanglah tidak sempat untuk bermula pada tarikh Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dimulakan.

Pandangan Pertama Lelaki Kacak

Serius cakap kalau sebut “lelaki kacak” yang menjadi idaman wanita semestinya seperti Aaron Aziz yang mana menampilkan kekacakan sebagai seorang lelaki dengan tubuh badannya yang sasa serta wajahnya yang maskulin. Aku? Lelaki kacak ke tidak aku ini? Sesunggunhya, aku tidak pernah menyenaraikan diri aku dalam senarai lelaki yang sebenar-benarnya kacak – perasan sebagai lelaki kacak – itu adalah.

Lelaki kacak hanya kacak dimata wanita namun jambu dimata lelaki kacak yang lain.”

Pendapat Lelaki Kacak dan Definasi Lelaki Kacak

Bagi aku lelaki kacak ialah lelaki yang sempurna, sempurnyanya lelaki kacak ini bukan sempurna seorang sebagai seorang manusia kerana manusia biasa ialah lelaki kacak danlelaki kacak adalah manusia biasa – manusia tiada yang sempurna. Lelaki kacak tidak mempunyai definasi yang tetap namun definasi terbaik bagi lelaki kacak ialah apa yang perempuan nampak kacak pada seseorang lelaki maka lelaki yang dilihat kacak oleh wanita tersebut ialah lelaki kacak.

Cerita Lelaki Kacak Kaki SEO

Memang ramai lelaki kacak yang berada dalam golongan blogger ialah kaki SEO, tapi malangnya kekacakan lelaki SEO ini majoriti tidak terserlah kerana lelaki kacak yang suka copy-paste enteri tidak akan sanggup menunjukkan kekacakkannya, bergitu juga kaki SEO lucah yang juga lelaki kacak namun tidak melihatkan kekacakannya di dalam blog SEOlelaki kacak. Lelaki kacak tidak bersama SEO itu yang ramai kerana mereka sebenarnya mereka merasakan diri mereka lelaki kacak dengan menampal berjuta-juta gambar diri sendiri – merasakan diri sebagai lelaki kacak. Realitinya – aku tak tahu.

Penyokong Lelaki Kacak

Apa-apapun aku ingin mengumumkan secara syok sendiri bahawa aku adalah lelaki kacak disokong oleh anggota lelaki kacak keluarga iaitu yang paling kacak – ayah aku, penolong lelaki kacak yang paling kacak keluarga – adik lelaki aku, penilai lelaki kacak paling tahu kekacakkan lelaki – mak aku dan penyokong-penyokong anggota lelaki kacak keluarga – dua adik perempuan aku. Tidak aku lupakan penyokong sekunder aku sebagai lelaki kacak tapi comel iaitu bakal bini seorang lelaki kacak iaitu bakal bini aku.

Nota: Sesungguhnya inilah post paling perasan kacak selama menjadi lelaki. Kalau terasa nak kutuk dipersilakan – semakin dikutuk semakin kacak aku sebagai seorang lelaki.

Rakaman Dr. Blogger (Fatin Liyana) @ Nasi Lemak Kopi O TV9

Semalam – semasa di Kuala Lumpur, sebelum sempat aku menyikat rambut sebelum pulang ke Temerloh – tiba-tiba handset aku berdering – cuma default Sony Ericsson sahaja. Secara tiba-tiba, roomate rumah sewa semester yang baru lepas yang telefon. Pelik tiba-tiba telefon, rupanya just bagi tahu ada blogger (seperti aku – errkk…) yang sedang berada di TV.

Rupanya Fatin Liyana, aku dengan nada ketawa sambil berkata “Aku bukan blogger retis la.”. Di atas ialah rakaman Fatin Liyana dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Nota: Ada seorang blogger yang tanya melalui telefon, “Hang minat sangat ka Fatin Liyana tu?”. Jawapan mudah, minat ‘kot’. Hanya sekadar bahan untuk tontonan umum.

Rompakan Bersepadu Episod 1 Plan B

Rompakan Bersepadu Episod 1 Plan B sebuah terater yang dibikin oleh Paradoks Production yang ditayangkan mulai semalam 2/5/2012 dan akan berterusan sehingga Ahad – 6/5/2012 pada pukul 8.00pm bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kali pertama aku membaca tajuknya seperti tajuk sebuah filem yang kini popular hari ini.

POSTER ROMAPAKAN2

Menurut Fasyali Fadzly (seorang pensyarah UiTM) bahawa ini ialah permulaan dan andai kata teater ini berjaya ia akan dilanjutkan sehingga siri ketiga namun tidak akan dididedahkan lagi sehingga yang akan datang.

 

Alkisahnya semalam ialah tayangan malam pertama, (Fuhh~~) sangat menarik dimana effect nya semuanya buatan sendiri. Paling menarik bagi aku, rokok – asap rokok, meggi – bau meggi, terbakar – bau hangit, kopi – bau nescaffe. Kenapa aku tertarik, bau-bau itu semuanya biasa – namun ini yang pertama bagi aku dimana teater yang dilengkapkan dengan effek bau. Aku noobkan – masih baru dalam teater.

Belum telambat bagi mereka yang ingin menonton, dapatkan maklumat dan lebih banyak foto dari Facebook atau Blog RBE1PB.

Menang Baucar Mingguan HEBAH & MENANG! PTS@PBAKL 2012

Seperti yang telah dihebahkan sebelum ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau PBAKL 2012 yang sedang berlansung di Dewan Tun Husin Onn mulai 27 April yang lepas sehingga 6 Mei 2011 ini. Semperna PBAKL 2012 juga, PTS telah menganjurkan satu pertandingan online melalui media sosial FacebookHEBAH & MENANG! PTS@PBAKL 2012

Jumpa PTS @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Hari ini aku telah menerima e-mel dari pihak PTS berkenaan dengan pertandingan yang dianjurkan tersebut. Alhamdulillah, aku telah menjadi 10 pemenang mingguan HEBAH & MENANG! PTS@PBAKL 2012 bagi minggu ke 6 – memenangi baucar buku bernilai RM50.

Sukacita dimaklumkan saudara merupakan salah seorang daripada 10 pememang minggu ke enam bagi peraduan ‘Hebah & Menang’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Baucar boleh diambil di kaunter booth PTS sepanjang pesta buku berlangsung. Saudara diminta membawa cetakan emel ini dan kad pengenalan. Untuk makluman baucar ini hanya sah di booth PTS, Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur bermula 27 April sehingga 6 Mei 2012.

Tahniah sekali lagi daripada pihak PTS. Terima kasih kerana menyertai peraduan kami.

Walaupun hanyalah RM50, aku tetap menghargainya – lagipun memang minggu hadapan cadangnya untuk ke PBAKL 2012. Duit yang tidak berapa adapun dapatlah membawa pulang senaskah dua buku dengan baucar PTS tersebut. Aku ada pilih beberapa buah buku, kalau rajin tolong votekan. Selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) ini juga akan diumumkan pemenang Utama – simpan hasrat juga untuk dapat.

 

Keseronokan Dikalangan Remaja Membawa Padah

Baru sahaja tadi aku mendengar satu berita yang disiarkan di Buliten Utama dimana penggunaan telefon bimbit yang kini mempunyai pelbagai feature adalah membimbangkan. Ia turut berlaku di negara-negara maju dimana terdapat banyak kes pelajar menggunakan teknologi ini sebagai satu jalan kemusnahan diri mereka.

Gambar Hiasan - Fikir dahulu sebelum "Send"

Gambar Hiasan – Fikir dahulu sebelum “Send”

Terdapat satu kes dimana aku pasti ia turut berlaku di Malaysia dimana remaja merakam gambar bogel sendiri dan menghantarnya kepada teman lelaki. Remaja tersebut mula merasakan dirinya terancam selepas dia meninggalkan teman lelakinya dimana foto yang dihantar diupload ke Internet dan disiarkan secara umum. Impaknya ia bukan sahaja memalukan individu remaja tersebut dikalangan rakan-rakan dan masyarakat seterunya ia turut mengundang bahaya dimana dia sering diekori individu tidak dikenali yang pastinya dengan niat yang tidak baik.

Setakat ini, masih tiada undang-undang yang mampu menghentikan remaja dari melakukan sedemikian. Keseronokan melayan nafsu muda dan tidak terdidik menjadi pilihan tanpa memikirkan bahaya yang bakal dihadapi.

Setakat pengamatan aku, masih tiada solusi untuk menghalang masalah ini, selain dari teknologi dan diri remaja sendiri yang menjadi benteng. Dari segi teknologi – telefon yang tidak dilengkapi feature yang canggih mungkin dapat menjadi penyelamat namun apa-apa sekalipun yang dapat menjadi pelindung sebenar ialah remaja itu sendiri.

Tonton Semua Siaran Astro Percuma

Woaahhhhh… (Menguap) Pagi-pagi bangun hari Jumaat, terus update blog dengan mata yang seriously amat mengantuk kerana tidur yang lewat – tidur pukul 4 pagi menyiapkan enteri dalam SSDM (Pangkalan Data Disiplin Sekolah). Tapi teruja punya pasal, pagi ini ialah operasi membelek siaran Astro percuma untuk hari pertama, ia akan berlanjutan sehingga 6 Mei semperna Astro menerima anugerah Best of the best brand Award.

Astro Winning - Best of The Best Brand Award

Kejap sahaja temph 27 April sehingga 6 Mei 2011 kan. Semperna hari Jumaat yang mulia ini, jangan lupa lakukan apa yang anda patut lakukan. Kalau lupa, jom dengarkan dan tonton MV di bawah (R. Black – It’s Jumuah “Friday” (Raef Cover)).

 

Connectify Pro Kasi Share Broadband

Aku pernah pakai perisian Connectify semasa aku dekat UiTM dahulu. Fungsinya ialah dapat menjadikan laptop seperti router yang pancarkan signal wi-fi. Contoh mudah, ada satu modem broadband atau soket kabel Ethernet yang sambung pada laptop – laptop tadi memang ada internet, dengan adanya Connectify ini membolehkan internet dari komputer tadi dikongsikan kepada orang lain.

Satu lagi kes berat yang biasa diadapi dalam perkongsian internet apabila ingin berkongsikan internet kepada device seperti Smartphone dll. kerana internet tidak mampu dikongsikan melalui sambungan Ad-Hoc – solusi Connectify. Aku pun susah untuk terangkan secara detail.

Satu lagi kes, semasa dalam versi beta – Connectify diedarkan secara percuma. Oleh kerana ia mendapat sambutan kini telah ada versi Pro. Semua orang nakkan versi Pro dengan banyak feature yang hebat-hebat antaranya perkongsian fail antara device dengan cara drag file sahaja.

Soalan di sini, “How to get Connectify Pro?“. Sesetengah dari kita akan fikir untuk crack – betul kurang sihat. Cara sihat ialah dapatkan secara percuma untuk tempoh satu semester. Apa yang perlu ada, hanya perlukan e-mel yang berdomainkan .edu sahaja. Bagi pelajar UiTM sila lihat di sini untuk e-mel Isiswa (xxx@isiswa.uitm.edu.my) dan terus ke aplikasi Facebook Connectify untuk daftar.

Hey Izzuddin Fauzi,
You’ve successfully redeemed a one-semester Connectify Pro v3.0 license. With Connectify Pro, you’ll be able to keep all of your Internet-capable devices online in the dorms this semester!
Email Address: 201067xxxx@isiswa.uitm.edu.my
Connectify License: xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxxxxx-xxx

Dengan amannya menggunakan versi Pro yang betul-betul lulen.

Tahu-tahu, itulah sebenarnya kelebihan e-mel dengan domain .edu – apa-apa sahaja tawaran kepada pelajar yang ada di internet jika daftar menggunakan e-mel tersebut sememangnya tidak perlukan pengesahan lain. Malangnya kepada pelajar UTM yang menggunakan UTM Acid – UTM Student Web Mail (Memang kesian) kerana domain e-mel pelajar yang diberikan ialah siswa.utm.my. Pandai-pandailah.

Simpan Fail Dalam Wuala

Wuala mungkin satu perkataan asing dan jika sebut Wuala juga tidak siapa tahu apakah ia. Tadaaa…Ia sebenarnya satu perkhidmatan simpanan online sama juga macam Dropbox. Bukan apa, baru semalam dapat hadiah istimewa ulangtahun Wuala yang ke tiga tahun dimana diberi tambahan jumlah storan sebanyak 3GB. Kenapa pilih Wuala, kerana ia bukan dari Amerika bukan seperti Dropbox.

v3

Ulang Tahun Ke Tiga Wuala

Tidak banyak namun selepas ditambah dengan pakej percuma ia menjadi 5GB (2GB basic + 3GB hadiah) serta ditambah lagi dengan beberapa coupon pemberian Wuala menjadikan storan untuk akaun aku ada 17GB. Sekarang ini aku pun belum ada idea apa yang aku ingin simpankan. Fail yang simpan dalam storan tersebut bukan sahaja boleh diakses melalui Laptop kesayangan atau dari mana-mana komputer lain sahaja, malah turut boleh diakses melalui device yang menggunakan Android dan iOS.

Pengenalan Wuala

Apa tunggu lagi, dapatkan storan dalam talian anda sendiri. Tidak cukup dengan storan sedia ada, nanti aku bagi coupon. Daftar sekarang di http://www.wuala.com.