Category Archives: Isu Semasa

Keseronokan Dikalangan Remaja Membawa Padah

Baru sahaja tadi aku mendengar satu berita yang disiarkan di Buliten Utama dimana penggunaan telefon bimbit yang kini mempunyai pelbagai feature adalah membimbangkan. Ia turut berlaku di negara-negara maju dimana terdapat banyak kes pelajar menggunakan teknologi ini sebagai satu jalan kemusnahan diri mereka.

Gambar Hiasan - Fikir dahulu sebelum "Send"

Gambar Hiasan – Fikir dahulu sebelum “Send”

Terdapat satu kes dimana aku pasti ia turut berlaku di Malaysia dimana remaja merakam gambar bogel sendiri dan menghantarnya kepada teman lelaki. Remaja tersebut mula merasakan dirinya terancam selepas dia meninggalkan teman lelakinya dimana foto yang dihantar diupload ke Internet dan disiarkan secara umum. Impaknya ia bukan sahaja memalukan individu remaja tersebut dikalangan rakan-rakan dan masyarakat seterunya ia turut mengundang bahaya dimana dia sering diekori individu tidak dikenali yang pastinya dengan niat yang tidak baik.

Setakat ini, masih tiada undang-undang yang mampu menghentikan remaja dari melakukan sedemikian. Keseronokan melayan nafsu muda dan tidak terdidik menjadi pilihan tanpa memikirkan bahaya yang bakal dihadapi.

Setakat pengamatan aku, masih tiada solusi untuk menghalang masalah ini, selain dari teknologi dan diri remaja sendiri yang menjadi benteng. Dari segi teknologi – telefon yang tidak dilengkapi feature yang canggih mungkin dapat menjadi penyelamat namun apa-apa sekalipun yang dapat menjadi pelindung sebenar ialah remaja itu sendiri.