Simpan Fail Dalam Wuala

Wuala mungkin satu perkataan asing dan jika sebut Wuala juga tidak siapa tahu apakah ia. Tadaaa…Ia sebenarnya satu perkhidmatan simpanan online sama juga macam Dropbox. Bukan apa, baru semalam dapat hadiah istimewa ulangtahun Wuala yang ke tiga tahun dimana diberi tambahan jumlah storan sebanyak 3GB. Kenapa pilih Wuala, kerana ia bukan dari Amerika bukan seperti Dropbox.

v3

Ulang Tahun Ke Tiga Wuala

Tidak banyak namun selepas ditambah dengan pakej percuma ia menjadi 5GB (2GB basic + 3GB hadiah) serta ditambah lagi dengan beberapa coupon pemberian Wuala menjadikan storan untuk akaun aku ada 17GB. Sekarang ini aku pun belum ada idea apa yang aku ingin simpankan. Fail yang simpan dalam storan tersebut bukan sahaja boleh diakses melalui Laptop kesayangan atau dari mana-mana komputer lain sahaja, malah turut boleh diakses melalui device yang menggunakan Android dan iOS.

Pengenalan Wuala

Apa tunggu lagi, dapatkan storan dalam talian anda sendiri. Tidak cukup dengan storan sedia ada, nanti aku bagi coupon. Daftar sekarang di http://www.wuala.com.

MARA Ketakutan Melanda

Awal-awal pagi tadi aku dikejutkan dengan satu SMS dari classmate aku (padahal memang dia sorang sahaja classmate kalau ikut kelas) dengan ayat-ayat berbunga yang berbunyi “Salam. Din awk da hantar ke borang MARA?”, dengan mata sepet ala-ala apek tak cukup tidurpun membalas dengan ayat “Borang MARA?”. Dengan fikiran yang masih melayang mengenangkan bantal yang nampak makin empuk, balas classmate tadi “Semak dekat Facebook Finance“.

Aku lalu mencapai laptop yang selalu tidur bersamaku kemudian mengejutkannya dari hybernate dang terus membuka membuka URL http://eduloan.mara.gov.my. Maka, akupun membaca ayat dari laman tersebut satu-per-satu dari halaman pendaftaran akaun eduloan MARA aku, disitu tercatit ” Anda Ditawarkan Pinjaman Pelajaran MARA”. Alhamdulillah syukur…

pinjaman

Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA

Namun ketakutanpun bermula apabila aku mula membaca syarat yang tercatat di bawah.

Bantuan ini akan digantung sekiranya saudara/saudari memperolehi CGPA 2.50 ke bawah atau kelulusan yang setaraf bagi dua (2) semester berturut-turut.

Lupa, kawan tadi suruh semak Facebook Finance (Finance & Accounts Dept (FAD) Shahputra) – maka tercatat satu lagi perkara yang membuatkan aku blur berkaitan surat perjanjian dan lain-lain.

“…perlu hantar semula ke finance sebelum 27/4/2012…”

Dalam fikiran, “Bile masa pulak aku nak pegi balik Kuantan balik… Ada yang kene luku nie karang…” ~ Sabor jelah.

Berkumpul Semua Belia – Mulai 23 Mei 2012

E-mel apa lah yang diterima dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) dalam Inbox Gmail. Eh… “Lautan Belia?” Eh… “Dua Juta?”. Sebenarnya e-mel tersebut ialah iklan untuk Hari Belia Negara yang akan mula berlansung pada 23 Mei hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya. Seperti yang pernah diadakan pada tahun lepas, pelbagai aktiviti disediakan.

Sebelum ini, semasa Hari Belia Negara 2011 – yang amat menjadi tarikan para belia ialah persembahan K-Pop yang membawakan Super Junior dan sebagainya. Kali ini mungkin lebih hebat lagi aktiviti yang akan diadakan.

Hari Belia Negara 2012

Hari Belia Negara 2012

Menurut penganjur, bukan setakat persembahan yang diadakan malah pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung, peluang perkerjaan dan pendidikan turut dipromosikan dan sebahagian lagi ialah untuk jualan dengan pelbagai promosi hebat. Dengan keluasan 6 km (aktiviti berulang-ulang), 1,000 persembahan, 5 hari, 22 pentas, 500 aktiviti, 38 segmen dan menganggarkan 2 million belia yang akan hadir.

Segala perkembangan boleh didapati dari laman sosial Facebook dan Twitter atau terus dari Laman Rasmi Hari Belia Negara 2012.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)